Tuesday, February 10, 2015

Makluman : Latihan Sukan dan Sukaneka 2015

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan acara Sukaneka dan Sukan Tahunan mengikut ketetapan di bawah :

Sukaneka : 7 Mac 2015 (Sabtu)
Sukan Tahunan : 18 April 2015 (Sabtu)

Sebagai persediaan, pihak sekolah telah mengatur jadual latihan untuk acara sukaneka dan sukan tahunan.Surat edaran telah pun diedarkan kepada semua murid.Harap maklum.



Makluman : Kelas Tambahan Murid-Murid Tahun 6

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Dimaklumkan bahawa kelas tambahan murid tahun 6 telah bermula pada 7 Februari 2015 (Sabtu).Surat makluman telahpun diedarkan kepada semua murid tahun 6.Diharapkan ibu bapa dan penjaga dapat memberikan kerjasama yang padu kepada PIBG Sk Puchong Indah bagi meningkatkan prestasi UPSR kita pada tahun ini.Harap maklum.


Monday, February 2, 2015

Berita : Johan Bola Baling MSSD bawah 12 tahun (Lelaki) dan Tempat ke-3 (Perempuan).Tahniah!

Minggu lalu, sekolah telah menghantar pasukan bola baling untuk kejohanan peringkat MSSD bawah 12 tahun.Dalam kejohanan tersebut, pasukan lelaki telah mengungguli perlawanan dan telah menjadi johan.Manakala pasukan perempuan meraih tempat ke-3.Tahniah buat pasukan bola baling serta jurulatih yang terlibat.Semoga pasukan ini kekal cemerlang dan bertambah hebat pada masa depan!.



Makluman : Laluan Pulang Murid Mengikut Pintu

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.
Pihak sekolah telah menyusun dan menetapkan laluan murid ketika pulang mengikut pintu A dan C.Ini bagi memudahkan ibu bapa / penjaga menunggu anak-anak di tempat yang betul.Sila rujuk papan tanda yang telah dilekatkan di pintu pagar tersebut.







Laman Facebook

Guru Besar

Guru Besar
NIK SUHAIDA BINTI RAZAK

Penolong Kanan Pentadbiran

Penolong Kanan Pentadbiran
NOR HAMIZAR BINTI ISMAIL

Penolong Kanan HEM

Penolong Kanan HEM
MOHD ROSDI BIN ZAINAL ABIDIN

Penolong Kanan Kokurikulum

Penolong Kanan Kokurikulum
ZAINATUNAKMAR BINTI ABDUL MANAP

Penolong Kanan Petang

Penolong Kanan Petang
NOOR AZLINA BINTI NAWI

Hubungi Kami

*Untuk pertanyaan@aduan berkaitan persekolahan dan aktiviti, sila hubungi pihak sekolah menggunakan talian di bawah :

Tel : 03-80682745
Faks : 03-80685603