Wednesday, January 20, 2016

Monday, January 11, 2016

Jadual sesi pagi dan petang

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Kini ibu bapa boleh menyemak / mencetak jadual anak masing-masing melalui laman web Sk Puchong Indah.

Pilih butang 
Pengurusan ----> Kurikulum ---->Jadual Pagi / Jadual Petang

atau terus ke pautan di bawah :

Jadual sesi pagi

Jadual sesi petang


Kemaskini : Ujian Dignostik UPSR 2016 Tahun 6 (Perubahan jadual)


Perubahan jadual bagi ujian dignostik upsr.Harap maklum
Jadual lama dibawah terbatal.Harap maklum

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Berikut adalah jadual Ujian Dignostik UPSR bagi tahun 6 yang akan bermula pada hari Selasa hingga Khamis.Mohon ibubapa ambil perhatian untuk mengingatkan anak-anak agar dapat membuat ulangkaji bagi mata pelajaran terlibat.Doakan semoga anak-anak diberi kemudahan dan kelapangan ketika menjawab ujian tersebut.

Sunday, January 10, 2016

Berita : Kejohanan Merentas Desa 2016

Alhamdulillah, kejohanan merentas desa 2016 berlangsung dengan lancar dan penuh semangat.Keterujaan untuk bersaing secara sihat terpancar pada setiap wajah anak-anak SKPI.Tahniah buat semua anak-anak.Anda semua adalah pemenang.Tahniah yang mendapat tempat, itu bonus buat anda.

Sekalung penghargaan buat semua yang telibat.PIBG, anggota polis, guru-guru, ibu bapa serta anak-anak yang menyertai larian.Tanpa semua, maka tiadalah acara ini.

Seterusnya ialah memilih wakil sekolah untuk kejohanan peringkat daerah.Doakan wakil kita mencapai kejayaan!

Tahniah buat semua!

Gambar-gambar lain boleh lihat di album page SKPI.Klik pada pautan.

Gambar Merentas Desa 2016










Thursday, January 7, 2016

Kejohanan Merentas Desa 2016


Laluan Merentas Desa


Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Berikut adalah makluman tentang kejohanan merentas desa bagi tahun 2016.Surat berkaitan telah pun diedarkan kepada murid.Program ini hanya melibatkan murid-murid tahap 2 sahaja (Tahun 4,5 dan 6).
Larian percubaan akan diadakan pada hari Jumaat 8.1.2016.Pakaian murid pada larian percubaan ialah t-shirt pendidikan jasmani@baju putih.Manakala pada hari Sabtu murid perlu berpakaian sukan mengikut warna rumah sukan masing-masing.
Semoga program ini berjalan dengan lancar.

Friday, January 1, 2016

Selamat Tahun Baru 2016


Kami mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua pengunjung web ini.Semoga hari-hari yang bakal kita lalui, menjadikan kita manusia yang lebih mensyukuri nikmat.Tempuhi dengan sabar kerana kehidupan dunia ini adalah ujian buat kita.Semoga kita lebih bersemangat, diluaskan rezeki, diberi keselamatan dan sentiasa diberkati dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan!

Laman Facebook

Guru Besar

Guru Besar
NIK SUHAIDA BINTI RAZAK

Penolong Kanan Pentadbiran

Penolong Kanan Pentadbiran
NOR HAMIZAR BINTI ISMAIL

Penolong Kanan HEM

Penolong Kanan HEM
MOHD ROSDI BIN ZAINAL ABIDIN

Penolong Kanan Kokurikulum

Penolong Kanan Kokurikulum
ZAINATUNAKMAR BINTI ABDUL MANAP

Penolong Kanan Petang

Penolong Kanan Petang
NOOR AZLINA BINTI NAWI

Hubungi Kami

*Untuk pertanyaan@aduan berkaitan persekolahan dan aktiviti, sila hubungi pihak sekolah menggunakan talian di bawah :

Tel : 03-80682745
Faks : 03-80685603